Wednesday, 5 April 2017

ANAK DERHAKA

TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP DAN YANG MENINGGAL DUNIA. HANYA REKAAN SEMATA-MATA.


                        



Nama Watak: Malik (watak utama)
                           Shark,
                           Pak Jamil,
                           Mak Limah,
                           Inspektor Khai,
                           Koperal Sani,
                           Ustaz Jaa Idris (watak                                          sampingan)


Babak Pertama: Pergaduhan Pak Jamil dan Mak Limah semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka setelah membeli barang dapur di pasaraya berhampiran.

Mak Limah: Abang, bila u nak bayar hutang kad kredit i ni. Orang bank asyik-asyik call i, tanya bila nak langsaikan hutang kad tu. Penat i nak jawab.

Pak Jamil: Awak boleh sabar tak Limah, abang tengah berusaha nak cari duit la ni. Sabar je la.

Mak Limah: Tu lah alasan abang, tengah usaha la tengah itu la tengah ni la.

Tiba-tiba kereta yang dipandu Pak Jamil itu terbabas dan berlanggar dengan sebuah treler. Kereta itu hancur lebur manakala keadaan treler tersebut kelihatan ok sahaja.
Mak Limah dan Pak Jamil terus dikejarkan ke hospital setelah tibanya ambulans kecemasan di tempat kejadian. Setelah itu, Mak Limah disahkan meninggal dunia manakala Pak Jamil dijangka akan lumpuh satu badan dan perlukan bantuan kerusi roda untuk ke sana ke sini.



Babak Kedua: Malik pulang ke rumah untuk mengambil pakaiannya dan ingin keluar dari rumah itu untuk tinggal bersama rakan karibnya, Shark.

Malik: (masuk ke rumah tanpa menegur bapanya dan terus ke bilik untuk mengemas pakaiannya).

Pak Jamil: (mengintai gerak-geri anaknya yang berada di dalam bilik)

Malik: Weh orang tua, lepas ni aku tak duduk sini dah. Ciaw lu (keluar bilik sambil membawa beg galas dan menuju ke pintu rumah).

Pak Jamil: Malik, kamu hendak ke mana nak (menarik tangan Malik). Sanggup kau biarkan ayah hidup bersendirian. Kasihani la ayah, Malik (menitiskan air mata).

Malik: Arghhh... Peduli apa aku (cuba melepaskan tangannya dari genggaman ayanya).

Pak Jamil: Jangan pergi nak.

Malik: Belah la orang tua (menyepak kerusi roda ayahnya dengan sekuat hati).

Pak Jamil: (tersungkur ke lantai sambil menahan rasa sakit)

Malik: Weh orang tua, dengar sini, mulai harini kau bukan lagi ayahku.

Pak Jamil: Jangan cakap begitu nak (menitiskan air mata sambil menahan rasa sakit).

Malik: Weh orang tua, kalau kau selesaikan hutang mak aku, korang tak akan kemalangan dan mak aku tak akan mati tau. Aku tak pernah merelakan mak aku mati tau dan aku lebih rela tengok kau mati (menuding jari ke arah ayahnya).

Shark: Weh Malik, cepat la, aku takda banyak masa ni. Banyak lagi hal aku nak settlekan (menjerit dari dalam kereta yang berada di luar rumah Pak Jamil).

Malik: Jap-jap (memakai kasut di depan pintu rumah).

Shark:(ketawa). Biarkan je orang tua tu, nanti mati gak dia tu (mencampak batang rokoknya keluar).




Babak Ketiga: Perbincangan antara Shark dan Malik tentang masa depan Malik.

Shark: Weh Malik, kau nak jadi kaya tak?

Malik: (terkejut). Mesti la nak. Orang gila je taknak kaya (ketawa).

Shark: (ketawa). Betul gak tu. Macam ni lah apa kata kau bantu aku jual satu produk ni. Masyuk weh.

Malik: Produk apa (kehairanan).

Shark: Ni (mengeluarkan sesuatu dari jaket jeans yang dipakainya).

Malik: Weh serius ah, tak kantoi ke nanti. Dibuatnya kita melingkup dalam penjara macam mana?

Shark: (menepuk bahu Malik). Relaks la bro. Takda siapa yang akan tahu pun kalau takda yang niat nak membelot.

Malik: Ok la kalau macam tu (senyum).





Babak Keempat: Kehadiran Ustaz Jaa Idris ke rumah Pak Jamil untuk menjenguk keadaan Pak Jamil.

Ustaz Jaa Idris: Assalammualaikum.

Pak Jamil: Waalaikunmussalam. Masuk la Ustaz oi pintu tak kunci pun tu.

Ustaz Jaa Idris: Allahuakhbar (membuka seliparnya dan terus menuju ke pintu lalu menolaknya).

Pak Jamil: Haih, ada hajat apa kamu datang ke mari ni.

Ustaz Jaa Idris: Saja je datang nak melawat Abang Jamil. Abang lagu mana sekarang. Ok ke tidak (mengangkat sedikit jubahnya untuk duduk bersila di tepi kerusi roda Pak Jamil).

Pak Jamil: Macam tu la, Ustaz (batuk-batuk).

Ustaz Jaa Idris: Ok la kalau macam tu.

Tiba-tiba Pak Jamil batuk tak berhenti-henti. Setelah melihat keadaan Pak Jamil yang terbatuk-batuk itu, Ustaz Jaa Idris terus menelefon pihak hospital untuk menghantar ambulans kecemasan. Setelah itu, Pak Jamil ditahan di wad hospital kerana keadaan kesihatannya tidak stabil. Beberapa hari kemudian, Pak Jamil disahkan meninggal dunia akibat menghidapi beberapa penyakit kronik.



Babak kelima: Kegiatan haram Malik dan Shark telah diketahui oleh pihak polis dan markas mereka telah diserbu oleh pihak polis. Mereka telah ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis untuk dipenjarakan.




Babak Keenam: Satu hari selepas Pak Jamil disahkan meniggal dunia dan Malik berada di tahanan polis, Malik dibenarkan untuk melawat kubur arwah ayahnya.

Malik: Ayah, Malik minta maaf atas tingkah laku Malik sebelum ni (meratapi pemergian ayahnya).

Koperal Sani: Sabar la Malik. Ingat la setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita harus menerimanya dengan hati terbuka. Lagipun, setiap manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan. Cuma mereka perlu sedar kesilapan mereka dan cuba untuk perbaiki atau bertaubat ke jalan yang benar (menepuk bahu Malik).

Inspektor Khai: Koperal kita dah kesuntukan masa. Cepat  bawa balik suspek ke balai untuk tindakan seterusnya.

Koperal Sani: Baik Tuan (membawa Malik ke kereta peronda)






                                 TAMAT... 






So, apakah pengajarannya? Fikir-fikir kan la. Sekian, terima kasih.



Penulis,
MUHAMMAD... ✌